Bahaya Hb Rendah (Hb Low) Kepada Ibu Hamil dan Bayi

Jangan ambil mudah jika Hb rendah semasa hamil kerana ianya boleh membahayakan ibu dan juga bayi dalam kandungan..setiap bulan ibu hamil akan menjalani checkup di klinik dan paras hemoglobin (HB) ini amat diambil berat oleh doktor..HB rendah sangat ditakuti kerana ianya boleh mengakibatkan ibu hamil mengalami anemia. Anemia pula boleh membawa kesan lebih buruk seperti keguguran, kelahiran bayi pramatang, berat bayi tidak cukup, malah ibu yang mengalami anemia akan lebih terkesan. Ibu akan sentiasa lemah, mudah pening dan pitam dan mungkin mengalami komplikasi semasa melahirkan kelak.

Apa Itu Hb Rendah (Hb low)?

Hemoglobin atau ringkasannya Hb merupakan protein dalam darah merah yang mengangkut oksigen ke seluruh tubuh. Paras normal Hb adalah 12 hingga 15g/dl (gram per deciliter) dan adalah normal jika ibu hamil mempunyai Hb yang sedikit rendah (11-12g/dl) disebabkan perubahan hormon semasa hamil. Namun ibu akan dikategorikan dalam Hb rendah jika paras kurang dari 11g/dl.

Punca Hb Rendah Semasa Hamil

Hb rendah terjadi disebabkan oleh beberapa faktor iaitu,
1) Kurang pengambilan zat besi, folat dan vitamin B
2) Mengidap thalassemia
3) Perubahan hormon semasa hamil
4) Kehilangan darah akibat kemalangan atau pendarahan

Bahaya dan Risiko HB Rendah

a) Bahaya HB Rendah Kepada Ibu Hamil

1) Ibu mudah pening dan pitam
2) Pendarahan semasa hamil dan pendarahan teruk semasa bersalin
3) Degupan jantung menjadi lebih laju dan berisiko mengalami kegagalan jantung
4) Sentiasa lemah dan mengantuk
5) Jangkitan kuman
6) Keguguran
7) Kesukaran meneran semasa bersalin menyebabkan bayi lemas

b) Bahaya HB Rendah Kepada Bayi

1) Bayi tidak terbentuk sempurna atau terbantut
2) Berat bayi kurang
3) Bayi lahir pramatang
4) Meninggal dunia semasa sebelum/semasa dilahirkan (stillbirth)
5) Fungsi otak bayi yang agak lembab
Sebab itulah misi-misi di klinik akan bising kalau Hb ibu hamil ni rendah. Bahaya Hb rendah ni tau, bukan hanya pada ibu hamil tetapi juga bayi yang dikandung. Jadi ibu hamil harus pastikan Hb cantik bukan saja sebab nak tunjuk kat misi tau, tetapi juga untuk diri sendiri dan bayi tersayang.

Cara Untuk Mengatasi Masalah Hb Rendah

Orang kata, waktu hamil ibu nak makan macam- macam. Hakikatnya, selera ibu hamil biasanya berkurang akibat alahan..Maka, kekurangan nutrisi lazim berlaku. Sungguhpun tak lalu makan, ibu harus memastikan vitamin-vitamin yang dibekalkan pihak klinik diambil mengikut aturan. Harus diingat, vitamin ini bukan untuk ibu sahaja sebaliknya untuk bayi kesayangan kita. Jika mampu dan berselera, ibu boleh mengambil makanan seperti makanan laut, daging, telur, produk tenusu, sayur da buah-buahan, bijirin dan kekacang.

Vitamin Yang Membantu Untuk Mengatasi Hb Rendah

Adalah agak mustahil bagi ibu hamil untuk mendapatkan nutrisi mencukupi dari sumber makanan. Bukan sahaja disebabkan kurang selera makan, hakikat bahawa makanan zaman sekarang yang tercemar, diubah genetik dan cara makanan diproses membuatkan nutrien dalam makanan kurang. Malahan, kadangkala kita hanya makan “hampas” tanpa disedari akibat dari faktor di atas.
Maka, pengambilan vitamin adalah perlu. Bagusnya vitamin Shaklee, ianya bukan vitamin sintetik, pemprosesan yang ketat sebelum lulus untuk dipasarkan, ada ujian klinikal dan sudah tentu moto Shaklee sendiri iaitu SENTIASA SELAMAT, SEMULAJADI DAN BERKESAN.

Puan Aya Chalo ni sampai kena warded tiap kali hamil, disebabkan anemia akibat Hb rendah..Jom kita lihat video ini..apa yang Puan Aya ambil untuk mengatasi masalah anemia yang beliau alami semasa hamil.

Bagi mengatasi masalah Hb rendah, bukan sahaja kepada ibu hamil malah buat sesiapa sahaja, vitamin- vitamin berikut amat disarankan.

1) Vitalea

Merupakan multivitamin tertua di dunia. Ianya mengandungi zat besi yang diperlukan dalam mengatasi masalah Anemia yang disebabkan Hb rendah

2) B Complex Shaklee

Mengandungi formula asid folik yang amat diperlukan ibu hamil dan membantu mengelak masalah neural tube defect pada bayi.

3) Vitamin C

Membantu penyerapan zat besi atau iron yang lebih berkesan dan optimum.

Jom kita baca testimoni puan Maisarah yang mengambil Set ibu hamil shaklee sepanjang kehamilan anak ke-3 beliau.

Assalamualaikum.
Saya Maisarah binti Md Saupi, ibu kepada 3 orang anak.
Produk shaklee kesukaan Mai ialah set Ibu Hamil.Kenapa Mai sangat suka set Ibu Hamil ini kerana Mai merasai sendiri perbezaan ketika hamil anak ke-3 dengan anak-anak yang sebelumnya. Perbezaan yang sangat ketara dan sangat mengembirakan.
.
Mai mengamalkan Vitalea,B-Complex,vitamin C,Ostematrix dan Omega. Ketika Mai hamil anak pertama dan kedua bacaan HB sangat mendukacitakan yang mana setiap kali checkup nurse akan tulis bacaan HB menggunakan pen merah itu bermaksud bacaan HB Mai di bawah bacaan 11 dan juga disahkan mempunyai masalah anemia.
.
Lagi sedih hamil anak ke-2 bacaan HB Mai sentiasa di bawah 10 dan turun sehingga 8.2. Oleh kerana bacaan Hb Mai makin rendah berbanding anak pertama sedangkan Mai telah mencuba bermacam-macam vitamin yang di sarankan oleh nurse dan doktor tetapi bacaan tetap sama maka dihujung kehamilan kedua. Doktor menyarankan Mai untuk membuat ujian darah iaitu ujian thalesimia dan akhirnya Mai disahkan Beta Thalassaemia trait (pembawa thalesimia) dan doktor bagitahu normal bagi ibu yang pembawa thalesimia mendapat bacaan HB di bawah 11.
.
Selepas Mai di sahkan hamil anak ke-3 Mai membuat keputusan untuk mengamalkan vitamin Shaklee sahaja untuk kali ini.Apa yang memeranjatkan Mai bacaan Hb cantik dan bacaan semakin menaik sehingga bacaan semasa checkup terakhir sebelum bersalin ialah 14.2. Mai tak pernah dapat bacaan secantik ini sebelum ini walaupun semasa tidak hamil.
.
Sebab ini lah Mai sangat sukakan set Hamil Shaklee dan kesan lain yang Mai dapat ialah tiada masalah kekejangan kaki yang mana semasa hamil anak kedua Mai kerap kali mengalami kekejangan kaki. Aduh ibu-ibu yang pernah mengalaminya tahu kan betapa sakitnya bila kaki kejang (org kelantan sebut nyetok karung).Tapi hamil kali ke 3 hanya sekali Mai kejang kaki itu pun sebab penat berjalan seharian.
.
Apa yang Mai perasan juga bila konsisten ambil Omega Guard berat badan Mai semasa hamil hanya naik 6kg sahaja sampai ada yang tegur tak nampak naik pun badan perut je naik. Padahal hamil sebulum ini lagi-lagi anak ke-2 badan macam di pum pum..hehe..
.
Buat ibu2 diluar sana yang mencari cari set hamil terbaik, Mai sangat2 syorkan set hamil Shaklee ini kerana Mai sendiri dah merasai perbezaannya dan produk Shaklee dijamin semulajadi, selamat dan berkesan.
Diharap info ini dapat membantu ibu hamil di luar sana yang mengalami masalah Hb rendah..semoga anda dan bayi sentiasa sihat dan dipermudahkan semasa proses kelahiran nanti..inshaaAllah..

Set Ibu Hamil Shaklee : Vitamin Lengkap Sepanjang Kehamilan

Untuk mendapatkan Vitamin Shaklee untuk atasi HB rendah atau Set Lengkap untuk ibu hamil..Boleh hubungi saya terus untuk order dan sebarang pertanyaan..

Sekiranya anda ingin membuat pembelian sendiri secara online..
Boleh klik di bawah..
Atau boleh hubungi saya terus untuk sebarang pertanyaan..

Pengedar Shaklee Anda..Mentor Bisnes Anda !!!

Salmiah Othman
Contact me : 019-8769412
Shaklee ID : 949800
FB Page : Mamaanisshop
Email : salmiah80@gmail.com

You may also like

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge