Krim Malam Shaklee, YOUTH Advanced Renewal Night Cream- Light

Inilah night cream yang saya guna sekarang  iaitu YOUTH Advanced Renewal Night Cream- Light..sebelum nie memang saya tak amalkan pun pakai night cream..just cuci muka..terus tidur..hihi..Tapi lepas saya berkenalan dengan YOUTH Advanced Renewal Night Cream dari Shaklee ni dan beli satu set terus YOUTH SKINCARE pada bulan Febuari 2018 yang lepas..baru saya mula pakai night cream tiap malam..

Hari ini saya nak share pada anda semua tentang Krim Malam Shaklee ni iaitu YOUTH Advanced Renewal Night Cream- Light.. apa yang best pasal night cream nie yang akan buat anda juga pasti sukakannya..sebelum tu..kita lihat dulu apakah itu night cream? 

Apakah Itu Night Cream?

Night cream secara asasnya adalah rutin yang juga penting dalam penjagaan kulit wajah..pemakaian night cream akan membantu merawat semula kulit wajah yang banyak terdedah kepada kotoran dan pencemaran..

Kenapa Perlu Night Cream?

Night cream penting untuk memperbaharui sel-sel kulit kita kerana pada waktu malam, antara jam 12 malam hingga 4 pagi adalah waktu penting kulit bekerja keras untuk memperbaiki sel kulit yang dah rosak dan memulih semula kolagen yang telah habis.

Info produk

Advanced Renewal Night Cream – Light

Brand: YOUTH (Shaklee)
Saiz: 50 ml
Harga Runcit: RM 250.00
Tahan lama: Ikut penggunaan saya sendiri tahan dalam 8 bulan (ikut penggunaan masing2)

Fungsi YOUTH Advanced Renewal Night Cream

1) Menggalakkan proses pembaharuan sel kulit semasa tidur..Campuran botanikal khas di dalamnya juga membantu merangsang penghasilan kolagen dan elastin semasa kita tidur.
2) Membantu kulit agar lebih muda, licin dan cerah berseri.
3) Boleh membantu merawat kulit berjerawat dengan lebih cepat.
4) Membaiki kulit yang terkena sunburn dengan memberi rasa segar, sejuk pada kulit akibat sunburn.
5) Sesuai untuk kulit normal, jerawat dan berminyak termasuk kulit sensitif.
6) Membaiki kulit berparut jerawat dan berlubang.

YOUTH Advanced Renewal Night Cream Jenis Light

Tekstur / Bau

Ia berwarna putih, tekstur krim yang ringan dan bau dia tak kuat..Bila sapu night cream Youth ni kat kulit muka tak melekit dan cepat sangat meresap pada kulit..Tak buat kulit berminyak juga.

Bahan-bahan Utama

1) Vital Repair+ Complex – nutrien anti oksida dan vitamin penting melindungi kulit dan meggalakkan tumbesaran sel sihat.
2) Muscadine grape – mengandungi polifenol untuk melindungi dan membaiki DNA sambil menghalang kolagen & elastin dari rosak.
3) Alga hijau – melegakan, regenerasi dan memberi oksigen kepada sel kulit.
4) Schisandra Chinensis – menyokong struktur kulit muda dan menyuburkan kulit.
5) Lotus Japonicus – menjana semula sel kulit untuk menghasilkan lebih kolagen, elastin dan fibrilin.
Semua produk YOUTH adalah non-comedogenic iaitu tak menyumbatkan pori.
Hypoallergenic, tidak menyebabkan alahan pada kulit.
Info lanjut YOUTH SKINCARE baca DI SINI 

Cara Menggunakan YOUTH Advanced Renewal Night Cream – Light

Lepas cuci muka dengan Youth Luminous Gel Oil Clenser, pakai toner, pakai serum dan radiance C+E, barulah korang apply YOUTH Advanced Renewal Night Cream yang jenis Light ni kat muka..Calit pada 5 point iaitu di dahi, 2 belah pipi, hidung dan dagu..Kemudian sapu night cream ni ke seluruh wajah ikut arah hala ke atas dengan gerakan membulat ke seluruh wajah..Tapi elak sapu di sekitar kawasan mata..Boleh sapu juga night cream ini ke bahagian leher.

Apa Perasan Lepas Saya Guna YOUTH Advanced Renewal Night Cream-Light?

Sangat suka bila pakai..best! Cepat meresap ke kulit..kulit muka rasa lembut..Really love this night cream! Bila bangun pagi sentuh kulit muka rasa lebih lembut..licin dan wajah pun nampak segar..Kulit muka tak berminyak dan tak rasa kering..night cream buatkan kulit lembap je.
Dan yang paling bestnya bila ada jerawat naik 1-2 biji terutamanya time cik P datang..just sapu sikit night cream terus kat jerawat..bangun pagi tu jerawat macam cepat kecut..

Jom Review Testimoni Mereka Yang Berpuas Hati Dengan Youth Skincare

Anda yang berminat untuk mencuba Youth Skincare Shaklee..boleh hubungi saya terus untuk order dan sebarang pertanyaan..

Sekiranya anda ingin membuat pembelian sendiri secara online..

boleh klik di bawah..

Atau boleh hubungi saya terus untuk sebarang pertanyaan..

Pengedar Shaklee Anda..Mentor Bisnes Anda !!!

Salmiah Othman
Contact me : 019-8769412
Shaklee ID : 949800
FB Page : Mamaanisshop
Email : salmiah80@gmail.com

You may also like

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge