Cara Atasi Kaki Cramp Semasa Mengandung

Kaki cramp semasa mengandung memang sering kita dengar terutamanya di akhir kehamilan..kalau kena cramp ni amat menyeksakan rasanya..Dengan keadaan perut yang semakin membesar..juga membataskan pergerakan seharian semasa mengandung..Terdapat beberapa punca terjadinya kaki cramp semasa mengandung..dan hari saya ingin berkongsi bagaimana cara untuk mengatasi masalah kaki cramp semasa mengandung..Moga perkongsian saya ini memberi manfaat buat ibu- ibu sekalian..sebelum itu, kita lihat dulu apakah punca-punca kaki cramp terjadi.

Punca kaki Cramp Semasa Mengandung

1) Kalsium dan magnesium yang tidak mencukupi

Ibu mengandung memerlukan lebih kalsium. Selain untuk diri sendiri, bayi juga memerlukan bekalan kalsium yang banyak untuk pembentukan tubuhnya. Jika bayi tidak mendapat kalsium yang mencukupi dari sumber makanan yang ibu ambil, maka kalsium dari tubuh ibu pula akan diserap.

2) Terlebih Fosforus

Fosforus biasanya terdapat dalam daging yang sudah diproses, minuman bergas dan makanan ringan.

3) Rahim yang semakin membesar

Uterus yang semakin membesar memberi tekanan kepada saraf di bahagian kaki menjadikannya mudah kejang.

4) Otot yang keletihan

Ibu mungkin terlalu lama berdiri atau terlalu membebankan kaki dengan pergerakan. Berat ibu yang semakin bertambah juga menambah beban kepada otot kaki. Ini memungkinkan terjadinya kaki cramp semasa mengandung.
Kejang kaki ini lazimnya berlaku semasa ibu sedang tidur malam atau semasa bangun pagi. Keadaan biasanya bertambah buruk jika ibu tidur dalam keadaan terlampau sejuk.

Apa Nak Buat Bila Diserang Kaki Cramp

1) Ibu harus memaksa diri untuk meluruskan kaki..Boleh minta bantuan suami untuk berdiri..Lakukan secara perlahan- lahan..Ibu akan berasa sakit pada mulanya namun kesakitan ini akan hilang nanti.
2) Cuba berjalan untuk beberapa minit hingga tiada lagi terasa sebarang sengal di bahagian yang kejang.
3) Urut otot kaki yang kejang dengan minyak panas.
4) Mandi dengan air suam atau tuam dengan tuala/ air suam-panas.

Cara Mengelak dan Mengatasi Kaki Cramp semasa Mengandung

1) Minum air yang mencukupi supaya tubuh sentiasa terhidrat
2) Guna kasut yang sesuai yang tidak terlalu tinggi hingga membebankan otot-otot kaki.
3) Mandi air suam sebelum tidur untuk merehatkan otot-otot kita.
4) Betulkan cara tidur. Elakkan tidur dengan jari kaki menghala ke atas
5) Elak otot dari letih. Cuba elakkan berdiri terlalu lama atau menyilangkan kaki semasa duduk
6) Sapu minyak panas dan urut bahagian kaki sebelum tidur.
7) Amalkan yoga untuk ibu mengandung dipercayai membantu mengatasi masalah kaki cramp semasa mengandung
8) Senaman tapak kaki…Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulangi dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.
9) Senaman meregangkan kaki. Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.
10) Ambil kalsum yang mencukupi..Garis panduan asas menyatakan 1000mg kalsium (bersamaan 3 gelas susu bersaiz 8oz) diperlukan sehari. Ibu hamil dan menyusu perlu lebih kalsium (1200 hingga 1400mg kalsium sehari) kerana berkongsi dengan bayi. Ada kajian menunjukkan kalsium yang diambil melalui supplemen lebih baik dan cepat diserap berbanding kalsium dalam susu. Lagipun, tidak semua ibu mampu untuk minum lebih dari 3 gelas susu sehari.

Cadangan Vitamin Shaklee Untuk Membantu Masalah Kaki Cramp Semasa Mengandung

Ostematrix merupakan kalsium magnesium yang lengkap dengan vitamin D. Berikut disenaraikan secara ringkas keistimewaan ostematrix berbanding dengan kalsium lain di pasaran:
1) Mengandungi Kalsium, Magnesium, Fosforus, Vitamin D,Zinc, Kuprum, dan boron.
2) Semua nutrien di atas diperlukan dalam 1 tablet kalsium bagi memastikan penyerapannya 99% dalam badan kita dan megelak terjadinya endapan sesetengah mineral.
3) Mengandungi Vitamin D  dan Magnesium untuk membantu kalsium diserap ke seluruh fungsi badan. Kalsium memerlukan magnesium untuk diserap oleh tubuh. Tanpanya, kalsium yang diambil hanya sia-sia tanpa sebarang penyerapan optima.
4) Gabungan nutrisi ini juga membantu kalsium untuk membina ketumpatan tulang yang kuat dan mengurangkan risiko osteoporosis.
5) Kombinasi  kalsium karbonat dan sitrat menjadikannya sesuai diambil semasa perut kosong ataupun selepas makan.

Diharap info ini dapat membantu ibu hamil di luar sana yang mengalami masalah kaki cramp semasa mengandung..semoga anda dan bayi sentiasa sihat dan dipermudahkan semasa proses kelahiran nanti..inshaaAllah..

Set Ibu Hamil Shaklee : Vitamin Lengkap Sepanjang Kehamilan

Untuk mendapatkan Ostematrix Shaklee atau Set Lengkap untuk ibu mengandung..Boleh hubungi saya terus untuk order dan sebarang pertanyaan..
Sekiranya anda ingin membuat pembelian sendiri secara online..
Boleh klik di bawah..

Atau boleh hubungi saya terus untuk sebarang pertanyaan..

Pengedar Shaklee Anda..Mentor Bisnes Anda !!!

Salmiah Othman

Contact me : 019-8769412

Shaklee ID : 949800

FB Page : Mamaanisshop

Email : salmiah80@gmail.com

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge