Sakit Pada Bahagian Dada Salah Satu Tanda Awal Serangan Jantung

Dahulu tanggapan kita mengenai serangan jantung ni selalu menyerang mereka yang sudah berusia dan orang-orang kaya..Namun kini serangan jantung ni menyerang tak kira usia..Sebaliknya penyakit serangan jantung boleh menyerang sesiapa sahaja..dan penyakit ini juga menyerang golongan muda..Apakah Punca Berlaku Dan Petanda Awal Kepada terjadinya Serangan Jantung ? Dan jangan ambil remeh bila rasa sakit pada bahagian dada kerana Sakit Pada Bahagian Dada juga merupakan salah satu Tanda Awal Serangan Jantung.

Jantung merupakan organ yang amat penting dalam tubuh kita kerana jantung lah yang membuatkan kita bernyawa…Penjagaan jantung sangat-sangat penting kerana jantung bertindak mengepam darah yang mencukupi bagi kegunaan sel-sel tubuh… Jika ianya tidak dijaga dengan baik..kita akan cenderung mendapat serangan jantung..
Dan saban hari kita dengar Serangan jantung adalah penyebab utama kematian mengejut…Kejadian ini berlaku apabila jantung berhenti berdenyut secara tiba-tiba atau mengalami fibrilasi ventrikular akibat kerosakan pada jantung..
Menurut carta statistik Badan Kesihatan Dunia (WHO), penyakit jantung koronari (serangan jantung dan kegagalan jantung) menduduki tempat pertama dan diikuti pula oleh strok pada tangga kedua.  Sumber: WHO – Top 10 Cause Of Death

Bagaimana Simptom Serangan Jantung Berlaku?

Serangan jantung biasanya berlaku apabila otot jantung tidak menerima bekalan darah secukupnya. Bekalan darah di hantar ke otot-otot jantung melalui saluran arteri koronari. Ini menyebabkan senario fungsi jantung menjadi lemah atau lemah jantung.
Lazimnya, ia disebabkan oleh pembentukan plak yang mengecilkan ruang saluran arteri koronari dan mengganggu aliran darah. Plak terbentuk akibat enapan lemak, kalsium, protein dan sel darah yang rosak. Struktur plak pula terdiri daripada lapisan luar yang keras dan medium pekat di dalamnya.
Apabila plak semakin mengeras, lapisan luar plak yang rapuh akan mulai pecah dan mengganggu aliran trafik darah. Kandungan platlet (yang membantu menggumpalkan darah) pula akan tertumpu di sekitar plak sehingga berupaya membentuk gumpalan darah beku.
Lama kelamaan kumpulan darah beku ini akan menghalang saluran arteri sepenuhnya. Dalam jangkamasa panjang otot jantung akan mula mengalami kekurangan bekalan oksigen yang serius dan menyebabkan otot mati serta kekejangan.
Risikonya boleh menyebabkan jantung berhenti berfungsi secara tiba-tiba dan bila-bila masa. Inilah yang dikatakan sebagai punca serangan jantung berlaku.

Faktor Risiko Yang Menjadi Punca Serangan Jantung

1) Merokok

Kesan merokok selain membawa risiko masalah respirasi / pernafasan dan kanser paru-paru, ia juga membawa masalah penyakit jantung. Lebih kurang 1 daripada 5 kematian akibat penyakit jantung berkait dengan rokok.
Sumber nikotin di dalam rokok memberi kesan,  mengurangkan paras oksigen yang patut diterima oleh jantung, meningkatkan tekanan darah, mempercepatkan denyutan jantung, membentuk darah beku dan mengganggu aliran darah dalam salur darah.
Lebih buruk, ia akan membawa risiko strok. Berhentilah merokok dari sekarang !!

2)  Kolesterol Tinggi Dalam Darah

Semakin tinggi paras kolesterol LDL (kolesterol jahat) di dalam darah semakin tinggi kemungkinan seseorang mendapat serangan jantung.
Dan sebaliknya pula bagi paras kolesterol HDL (kolesterol baik) yang berfungsi menghalang kesan buruk kolesterol LDL.
Kolesterol LDL berupaya membentuk plak yang boleh menyebabkan dinding dalam arteri menjadi tebal dan menyempitkan aliran darah untuk mencetuskan tanda-tanda serangan jantung.
Plak terbina daripada kolesterol, lemak, kalsium dan bahan lain yang terdapat dalam darah. Kewujudan plak dalam salur darah disebut sebagai “Atherosclerosis“.

3)  Tekanan Darah Tinggi (Hipertension)

Tekanan darah merujuk kepada tekanan yang dikenakan oleh darah kepada dinding arteri atau salur darah. Tekanan darah diukur melalui nisbah “sistolik dan diastolik”.
Bacaan melebihi  180/110 mm Hg menunjukkan gejala hipertensi yang boleh membawa risiko serangan jantung jika tidak terkawal.
Tekanan darah tinggi tidak akan sentiasa sama sepanjang masa bagi seseorang. Bacaaannya berbeza ketika kita tidur, jaga, gembira, cemas, aktif dan sebagainya.
Kesan penyempitan dinding salur darah menambahkan lagi kesan buruk tekanan darah ketika pada bacaan tinggi.

4)  Berat Badan Berlebihan atau Obesiti

Berlebihan berat badan membawa kepada risiko diabetis pada awalnya. Kemudian boleh membawa punca kepada tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dalam darah atau kedua-duanya sekali.. Akhirnya mungkin membawa kesan buruk serangan jantung jika tidak dikawal.

5) Sejarah Keluarga

Merupakan salah satu faktor yang tidak boleh dikawal. Mereka yag mempunyai salahsilah ahli keluarga penghidap sakit jantung berkecenderungan mempunyai genetik yang sama untuk memiliki penyakit itu.

6) Gaya Hidup Tidak Aktif dan Diet Buruk

Mereka yang  tidak aktif mempunyai risiko yang tinggi mengalami serangan jantung. Tubuh perlu bergerak aktif untuk membantu proses metabolisme yang berpotensi untuk membakar lemak dan kolesterol yang tidak baik untuk tubuh badan.
Selain itu, pengambilan kalori yang berlebihan juga turut menjadi penyebab risiko serangan jantung. Diet buruk yang tidak terkawal menambahkan lagi paras kolesterol dalam badan.

6 Petanda Awal Serangan Jantung

Petanda-petanda biasa anda bakal terkena serangan jantung adalah seperti berikut:

1)  Sakit Pada Bahagian Dada

Sakit dada ini biasanya sakit yang sederhana atau kuat. Anda akan rasa tekanan di dada, atau dada rasa bagai dihimpit lebih dari seminit.
Atau sekejap datang sekejap hilang dan datang balik. Ini berlaku terutama pada dada sebelah kiri sedikit.
Sakit pada bahagian dada ini adalah disebabkan oleh saluran arteri yang membawa darah sedang tersumbat.
Bila saluran darah arteri tersumbat, ia menjejaskan perjalanan darah. Ini kemudiannya akan menyebabkan rasa kebas atau kelemahan tubuh.
Usah ambil remeh jika kerap sakit dada.

2) Sakit Pada Bahagian Atas Badan (Upper Body)

Sakit atau tidak selesa di bahagian lengan, belakang, leher, rahang, perut atau bahagian atas badan juga merupakan salah satu petanda awal serangan jantung.
Bahagian-bahagian atas badan ini sakit sebab pengaliran darah tidak sampai ke atas.
Darah tidak sampai ke atas sebab otak keliru untuk menganalisa di antara 2; adakah otot jantung sedang kekurangan oksigen, atau otot yang dekat dengan jantung sedang sakit?
Otot yang berdekatan dengan jantung termasuklah lengan, rahang, siku, leher mahupun bahagian belakang.
Kekeliruan ini berlaku disebabkan oleh amaran kekurangan oksigen ini dihantar ke sistem saraf di mana semua saraf berkumpul di satu tempat dan menyebabkan kekeliruan penghantaran amaran.

3) Sesak Nafas

Rasa sesak nafas atau tercungap-cungap dan nafas pendek juga merupakan petanda awal serangan jantung bakal berlaku.
Sesak nafas berlaku di sebabkan oleh penebalan arteri.
Apabila arteri menebal, darah yang membawa oksigen tidak dapat mengalir.
Bila oksigen tidak dapat mengalir dengan baik, oksigen dalam darah akan berkurangan kurang dari tahap sepatutnya. Ini yang menyebabkan sesak nafas berlaku.

4) Muntah-Muntah Dan Pedih Ulu Hati

Oleh kerana serangan jantung kerap terjadi kepada mereka yang lebih berumur dan mengalami masalah pencernaan, maka kesilapan antara pedih ulu hati atau komplikasi keracunan makanan biasa berlaku.

5)  Kerap Berpeluh

Kerap berpeluh terutamanya ketika tidak melakukan aktiviti fizikal juga merupakan petanda awal serangan jantung.
Pengepaman darah untuk melalui arteri yang tersumbat memerlukan tenaga yang lebih dan suhu badan akan meningkat. Maka untuk mengekalkan suhu, badan terpaksa menghasilkan banyak peluh.

6) Letih Atau Lemah

Letih adalah disebabkan oleh tenaga lebih yang diperlukan oleh jantung untuk mengepam darah. Ini menyebabkan kita cepat letih tanpa sebab.
Sakit-sakit seperti pening, batuk dan hilang selera makan juga merupakan salah satu petanda-petanda awal serangan sakit jantung. Ia akan berlaku beberapa minit dan  berterusan ketika anda sedang aktif membuat aktiviti fizikal atau tekanan emosi dan ianya tidak hilang walaupun berehat.
Jika anda mempunyai lebih dari 2 petanda yang di senaraikan di atas, anda perlu ambil langkah pencegahan dengan secepat mungkin.

Cara Mencegah Serangan Jantung

1) Awasi pemakanan anda
Diet harian seharusnya kurang lemak dan kolestrol, sebaiknya pilih yang mempunyai kandungan vitamin dan fiber yang tinggi seperti oat serta buah-buahan & sayuran.
2) Capai berat badan ideal
Kandungan kalori yang tinggi dalam badan tetapi tidak selaras dengan senaman atau aktiviti metabolisma boleh mengganggu berat badan. Jika anda mempunyai berat badan berlebihan (rujuk indeks BMI anda), penurunan 5% hingga 10% cukup untuk anda dapat rasakan peningkatan kesihatan jantung yang lebih selesa.
3) Kekal aktif
Amalkan 30 minit aktiviti senaman, walaupun hanya pergerakan ringkas rasanya ia mampu memberikan perbezaan yang ketara terhadap kesihatan anda.
4) Merokok adalah tidak digalakkan, berhenti lagi baik
Merokok membuatkan jantung anda bekerja lebih berbanding orang biasa walaupun dalam keadaan rehat, disamping itu boleh meninggikan tekanan darah serta risiko sakit jantung dan menjejaskan alam sekitar serta kebencian umum.
5) Mesra dengan senyuman
Senyum mahupun ketawa menandakan anda sedang merawat stress. Ciptakan keriangan dan ketenangan di dalam pergaulan sihat bagi merehatkan ketegangan salur darah dan untuk kelegaan otot muka, sudah tentu baik untuk jantung.
6) Dapatkan suplemen terbaik
Sempurnakan keperluan harian jantung anda dengan suplemen yang terbaik ..mudah untuk diambil dan mudah untuk diserap bagi tindakbalas tubuh yang lebih efektif.

Bagaimana Set Jantung Shaklee Boleh Membantu Mencegah Serangan jantung?

1)Vivix

Vivix membantu membaik pulih kerosakan yang berlaku pada DNA. Salur darah yang rosak akibat pemendapan kolesterol dibaiki semula. Vivix juga membantu meningkatkan tenaga pada sel jantung kerana Vivix membantu meningkatkan bilangan mitokondria, iaitu pusat jana tenaga bagi sel..
Vivix Shaklee  mengandungi  antioksidan yang sangat kuat dan tinggi. Antioksidan ini mampu mencegah penyakit yang berkaitan dengan jantung.
Anggur muscadine merupakan bahan utama di dalam Vivix mengandungi resveratrol yang sangat tinggi yang memberi perlindungan kepada sistem kardiovaskular.
Jadi pengambilan Vivix adalah sangat tepat untuk mencegah serangan jantung dan membantu mengatasi sakit jantung..
Resveratrol membantu untuk mengurangkan keradangan, mencegah oksidasi daripada LDL atau kolesterol jahat, mengelakkan daripada platlet darah melekat dan membentuk gumpalan (darah membeku) yang menyebabkan serangan jantung. (www.webmad.com/heart-disease/resveratrol-supplements)

2) Omega Guard

Omega guard membantu meningkatkan kolesterol baik HDL..Omega guard juga membantu meningkatkan kadar metabolisme badan dan membantu pembakaran lemak berlebihan dalam badan.

3) Phytocol St

Phytocol menghalang penyerapan kolesterol yang dimakan ke dalam salur darah. Kolesterol akan terus disingkirkan. Phyocol juga membantu mengurangkan kolesterol jahat LDL.
Set Jantung Shaklee ini hanyalah sebagai usaha dan dengan pengambilan secara konsisten inshaallah dapat membantu mencegah pelbagai penyakit berkaitan jantung seperti serangan sakit jantung dan salur darah tersumbat ..Bertindak segera dapat mencegah serangan jantung..mencegah lebih baik dari merawat…betul tak ?
Jika anda mengalami simptom atau gejala serangan jantung di atas.. segera dapatkan bantuan doktor..
Antara testimoni mereka yang mengambil suplemen shaklee untuk masalah jantung

Mulai hari ini..tingkatkanlah kesedaran tentang bagaimana untuk menjaga kesihatan jantung kita..termasuk aspek pemakanan..gaya hidup aktif dan seterusnya mengenali keperluan nutrisi  untuk jantung yang sihat ..

Sekiranya anda ingin mendapatkan suplemen Shaklee sebagai langkah pencegahan serangan jantung..hubungi saya segera !!

Boleh hubungi saya terus untuk order dan sebarang pertanyaan..

Sekiranya anda ingin membuat pembelian sendiri secara online..

boleh klik di bawah..

Atau boleh hubungi saya terus untuk sebarang pertanyaan..

Pengedar Shaklee Anda..Mentor Bisnes Anda !!!

Salmiah Othman
Contact me : 019-8769412
Shaklee ID : 949800
FB Page : Mamaanisshop
Email : salmiah80@gmail.com

 

You may also like

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge