Legakan Sakit Sendi/Arthritis Dengan Set Sendi Shaklee

Sakit sendi/Arthritis memang sinonim di kalangan warga emas..Tetapi..pada zaman sekarang orang muda juga tidak terlepas daripada sakit sendi contohnya seperti wanita hamil, orang yang bekerja kuat dan sebagainya..Hari ini saya nak kongsikan tentang khasiat Set Sendi Shaklee yang membantu melegakan Sakit Sendi/Arthritis.

Di seluruh dunia, berjuta2 orang mengalami masalah tulang dan sendi. Lebih separuh penghidap penyakit sendi kronik adalah di kalangan warga tua. Perkataan “arthritis” bermaksud “radang sendi” iaitu sendi yang sakit, terasa bisa bila disentuh, mungkin kemerahan, membengkak yang dikaitkan dengan kehilangan fungsi.

Sendi-sendi manusia terdapat di tulang belakang dan bahagian lain tubuh badan seperti bahu,siku, pergelangan tangan, punggung, lutut, buku lali dan sendi jari kaki serta tangan.

Sendi terbentuk apabila dua atau lebih tulang bertemu dan ianya berfungsi untuk melicinkan pergerakan..Sakit sendi terjadi di kalangan semua lapisan umur..Ianya berbeza dari segi lokasi..jangka masa..kesakitannya dan dari individu ke individu yang lain.

Apakah Punca-Punca Sakit Sendi /Arthritis

Kebanyakan pengidap sakit sendi tidak mempunyai kerosakan terhadap sendi mereka.

1) Kesakitan itu mungkin berpunca dari lapisan tisu luaran, otot, ligamen, sendi atau pangkal Saraf. Tulang jarang menyebabkan kesakitan.

2)  Kesakitan ringan mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak sedikit. Ini boleh disebabkan oleh aktiviti yang berat, mengangkat berat, postur yang tidak elok, kecederaan atau pergerakan tidak betul.

3) Kecacatan tulang belakang atau tangan dan kaki

4) Kecederaan (kemalangan, bersukan dan sebagainya)

5) Penyakit sendi seperti arthritis

6) Sakit dari pangkal saraf (seperti saraf yang terhimpit)

7) Penyakit tulang

8) Ketumbuhan

9) Jangkitan kuman

10) Masalah mental seperti tekanan, kemurungan dan sebagainya

11) Penyakit kronik

12) Ubat-ubatan

13) Berat badan berlebihan

Siapa Yang Berisiko Mendapat Sakit Sendi/Arthritis

Disebabkan penyakit ini melibatkan pergerakan sendi, pesakit yang berisiko mengalami sakit tulang rawan adalah :

1) Atlet sukan yang banyak menggunakan pergerakan sendi

2) Individu yang mengalami obesiti

3) Individu yang mempunyai masalah lemah otot peha sejak kecil

4) Individu yang sudah berusia

5) Individu yang sering mengangkat barang-barang berat

Jenis-Jenis Arthritis

Terdapat dua jenis arthritis yang umum iaitu : –

1) Osteoarthritis, yang merupakan “kehausan” arthritis. Rematik ini disebabkan oleh kerosakan jaringan tulang rawan.

  • Sakit sendi ini berpunca dari kemusnahan rawan yang melindungi sendi-sendi. Biasanya menyerang golongan usia emas juga mereka yang menggunakan sendi-sendi secara maksimum (orang kerja kuat dan orang yang terlebih berat badan).

  • Sendi-sendi yang biasa sakit adalah pinggang, lutut juga tulang belakang

Gejala Osteoarthritis

  • Bengkak juga sakit pada sendi-sendi pinggang, lutut, tulang belakang, siku, juga pada hujung-hujung jari.

  • Sakit dicelah-celah sendi.

  • Pergerakan menjadi terbatas, jika berlarutan rawan akan musnah

2) Rheumatoid arthritis, yang merupakan jenis peradangan arthritis yang terjadi ketika sistem kekebalan tubuh tidak bekerja dengan baik.

– Sakit pada sendi-sendi jari juga pergelangan tangan. Sendi lain yang terlibat adalah bahu, lutut dan kaki. Memerlukan rawatan awal, bagi mengelakkan kecacatan.

Gejala Arthritis Rheumatoid

  • Bengak pada banyak sendi, dan berbentuk bersimetri.

  • Kaku di awal pagi.

  • Sakit yang datang dan pergi, berulang-ulang.

  • Sendi tak bergerak normal.

  • Kelihatan merah dan rasa panas pada sendi.

  • Terasa mencucuk-cucuk pada hujung badan.

  • Otot menjadi kaku jika terlalu lama pada satu-satu posisi.

Bagaimana Set Sendi Shaklee Boleh Membantu Melegakan Sakit Sendi atau Osteoarthritis Ini?

1) Vivix

Vivix adalah minuman botani yang kaya dengan Resveratrol. Resveratrol adalah agen antioksidan dan antipenuaan yang sangat kuat. Vivix baik untuk meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi dan melindungi saraf. Ini kerana Vivix mengandungi bahan yang disebut sebagai Elderberi Eropah yang telah digunakan secara tradisional untuk masalah arthritis. Jadi sebab itulah sakit lutut pun boleh hilang dengan Vivix.

Kajian telah menunjukkan bahawa Resveratrol berkesan untuk mengatasi masalah keradangan, antioksidan, memperbaki DNA dan menghalang sel daripada bermutasi. Ia bukan saja sangat bagus untuk sendi malah baik untuk pelbagai penyakit lain seperti kanser, Diabetes, Darah Tinggi, Jantung dan banyak lagi.

Di dalam satu jurnal kajian saintifik yang diuji ke atas pesakit Osteoarthritis bertajuk Scientific Evidence and Rationale for the Development of Curcumin and Resveratrol as Neutraceutricals for Joint Health (Int J Mol Sci. 2012; 13(4): 4202-4232.), dapat disimpulkan bahawa telah terbukti resveratrol boleh membantu:

  • Mengekalkan dan memperbaiki fungsi dan struktur sendi.

  • Mengurangkan faktor yang menjadi punca kepada penyakit berkaitan sendi.

Seterusnya penyelenggaraan yang baik pada sendi normal, juga memberikan perubahan yang lebih baik terhadap kesan fisiologi kepada sendi termasuklah (faedah yang positif) daripada segi:

  • Kelebaran ruang sendi (joint space width on radiographs).

  • Pergerakan.

  • Kekakuan (stiffness).

  • Ketidakselesaan sendi

2) OmegaGuard

Omega Guard dengan sifat anti-inflamasinya mampu meredakan inflamasi dan radang sendi. Dalam bentuk kapsul yang kaya dengan asid lemak Omega-3. Ia mampu meredakan kesakitan sendi. Kandungan Omega juga bertindak seperti pelincir untuk melincirkan sendi-sendi kita.

3) Ostematrix

Ostematrix berfungsi membekalkan keperluan nutrien harian yang diperlukan seperti kalsium. Mustahak untuk menyokong pembentukan dan penjagaan tulang. Tulang-tulang sihat akan menyokong tubuh dan menggerakkan otot-otot supaya kekal cergas! Apabila kalsium mencukupi, barulah ketumpatan tulang akan menjadi lebih kuat dan tidak mudah sakit lutut dan kaki.

Paling mustahak ia semulajadi, selamat dan berkesan. Sudah 58 tahun jenama ini berada di pasaran.

4) Collagen Powder

Kolagen diperlukan untuk memperbaiki dan menyelenggara tisu-tisu lembut di sekitar sendi. Sebab kalau tisu-tisu ini rosak, itulah yang buat sendi rasa bekeriuk, berbunyi, sengal dan sakit. Secara ringkasnya kolagen:

  • Membantu menyokong pergerakan yang lebih lancar dan stabil.

  • Meningkatkan metabolisme dan memberikan tenaga.

  • Mengurangkan rasa sakit belakang dan kesakitan ketika bergerak.

  • Memberikan fleksibiliti kepada sistem sendi dan tulang.

Malah, Collagen Powder juga memberikan pelbagai faedah kesihatan seperti memperbaiki kesihatan saraf mata (mata kering dan rabun), menganjalkan dan menegangkan kulit, awet muda dan kecantikan dan banyak lagi.

Jom kita tonton sebuah video yang berkaitan sakit sendi..apa yang ibu muda ini lakukan untuk atasi kesakitannya…

Sakit Osteoarthritis ayah kepada Puan Nursilawati kian pulih setelah konsisten amalkan Set Sendi Shaklee..Jom saksikan video di bawah

Jika ada yang ingin mencuba Set Sendi Shaklee nie..boleh terus hubungi saya..nak hadiahkan pada orang tersayang ke..sebelum sakit sendi jadi lebih teruk..boleh juga amalkan suplemen nie sebagai vitamin harian…

Cegah Sebelum Parah !!!

Sekiranya anda ingin membuat pembelian sendiri secara online..boleh klik di bawah..

Atau boleh hubungi saya terus untuk order dan sebarang pertanyaan..

Pengedar Shaklee Anda..Mentor Bisnes Anda !!!

Salmiah Othman

Contact me : 019-8769412

Shaklee ID : 949800

FB Page : Mamaanisshop

Email : salmiah80@gmail.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge