Bengkak Susu Sampai Demam, Ketahui Tips Mengatasi Bengkak Susu

Pernah tak para ibu mengalami bengkak susu atau payudara sakit dan bengkak. Biasanya ia berlaku ketika minggu pertama selepas bersalin..Bengkak susu adalah cabaran yang paling besar sepanjang tempoh penyusuan..Tidak dinafikan bengkak susu sememangnya sangat sakit..ada yang sampai demam-demam..bertambah teruk lagi  jika dah dijangkiti kuman..Hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua beberapa Tips Mengatasi Sakit Bengkak Susu..

Sebelum tu kita lihat dahulu antara punca berlakunya bengkak susu..

7 Punca Berlaku Bengkak Susu

1) Lambat memulakan penyusuan kali pertama (Late on set on breastfeeding)

Lambat memulakan penyusuan selepas bersalin boleh menyebabkan cecair dalam badan terkumpul di kawasan payudara, sekaligus menyebabkan kesukaran kepada bayi untuk menyusu apabila keadaan payudara membengkak.

2) Lekapan yang tidak betul..(Poor latch)

Lekapan yang tidak betul akan menyebabkan susu tidak dapat dikeluarkan dengan efektif dari payudara. Ini juga menjadi penyebab kepada masalah luka pada payudara dan bayi tidak cukup susu.

3) Penyusuan / pemerahan yang tidak kerap. (Inadequate feeding/pumping).

Penyusuan yang tidak kerap menyebabkan payudara tidak dikosongkan dengan kerap dan pada waktu yang sesuai maka susu ibu tidak keluar dengan lancar. Jarak masa antara sesi memerah yang terlalu lama juga berpotensi menyebabkan saluran susu tersumbat. Sesi memerah paling sesuai untuk memastikan kelancaran aliran susu dan mengelakkan bengkak susu adalah setiap 2-3 jam sekali.

4) Penyusuan berjadual. (Scheduled feeding)

Penyusuan berjadual boleh menyebabkan bengkak susu dimana bayi menyusu mengikut jam yang ditetapkan, iaitu pada waktu-waktu tertentu. Sebetulnya, bayi perlu menyusu mengikut signal-signal yang diberikan oleh bayi sendiri, seperti apabila tidur bayi mula terganggu, bayi mula mengecap-ngecap dan menghisap bibir/jari. Menangis adalah tanda paling akhir.
Apabila bersama bayi, amalkan penyusuan on demand iaitu mengikut tanda-tanda yang ditunjukkan bayi, bukannya melihat kepada jam. (Watch the baby, not the clock).

5) Menetapkan masa menyusu di setiap belah payudara. (5 or 10 minutes rules on each breast)..

Bayi sepatutnya menyusu di sebelah payudara sahaja sehingga dia melepaskan sendiri payudara itu. Selepas itu, barulah ibu susukan bayi di sebelah payudara lagi. Kerap menukar payudara (switch sides) semasa menyusu menyebabkan susu tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya dari setiap belah payudara. Ini boleh menyebabkan masalah bengkak susu. Ia juga menjadi sebab bayi tidak menerima kandungan lemak dalam susu (hindmilk) yang cukup.

6) Tertinggal sesi memerah. (Skip pumping session)

Bagi ibu yang mempunyai jadual kerja yang terlalu padat, sesekali anda pernah tertinggal sesi memerah kerana batasan tugas dan waktu di office. Perkara ini boleh menyebabkan masalah bengkak susu.
Secara fitrah, badan ibu sudah ada rutin penghasilan dan pengeluaran susu mengikut demand bayi (sekerap 1-2 jam sekali dan mengikut jadual memerah yang tetap). Pada waktu itu, badan akan mula menghantar signal seperti payudara rasa berdenyut-denyut atau susu mengalir keluar (leaking) kesan dari hormon oksitosin dan otot payudara yang mula mengecut untuk mengeluarkan susu. Jika sesi memerah tidak dilakukan, saluran susu akan mula membengkak dan tersumbat.

7) Pam susu. (Breast pump).

Penggunaan pam yang tidak sesuai terutamanya jika saiz corong pam terlalu kecil dengan puting ibu boleh menyebabkan susu tak dapat keluar dengan baik dari payudara. Salah satu tanda nak tahu anda menggunakan saiz corong yang salah adalah, setiap kali memerah anda rasa sakit atau pedih pada puting susu. Jika berlaku begini, gunakan corong pam yang lebih besar.
Contoh: Medela Freestyle ada 3 saiz corong. Saiz M (24mm) default size, extra shield yang diberi bersaiz L (27mm). Saiz yang lebih besar adalah XL (30mm). Tukar ke saiz yang lebih besar jika perlu. Sewaktu memerah, anda sepatutnya tidak merasa sakit dan pedih pada bahagian nipple.
Keadaan pam susu atau bahagian tertentu pada pam susu yang sudah rosak (breast pumps / parts malfunction) juga boleh menyebabkan kadar sedutan pada pam tidak mencukupi untuk mengeluarkan susu dengan efektif. Periksa semula bahagian-bahagian pada pam susu untuk memastikan ia dalam keadaan yang baik sebelum memerah.
Bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi tentu pernah sekurang-kurangnya sekali mengalami masalah ini. Hanya mereka yang pernah mengalaminya sahaja tahu kesakitan yang perlu ditanggung.
Biasanya apabila sudah terjadi bengkak susu, cara mengepam payudara tidak dapat menyelesaikan masalah. Seolah-olah saluran susu itu tersumbat hingga menyebabkan susu yang dipam tidak keluar. Hanya hisapan secara langsung daripada bayi sahaja dapat menghilangkan masalah bengkak susu.
Ingatlah bahawa payu dara bengkak adalah tanda yang positif, iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk bayi anda. Masalah bengkak susu disebabkan oleh hormon lacta (hormone susu) banyak dihasilkan pada waktu tengah malam hingga ke subuh.

Antara Tanda-Tanda Payudara Membengkak 

1) Sakit pada payudara
2) Bengkak yang panas
3) Kulit payudara tegang dan berkilat
4) Payudara keras dan terasa ada ketulan
5) Puting tenggelam ke dalam
6) Bayi sukar melekap di payudara

Jika ada tanda-tanda seperti di atas..tandanya payudara anda sudah bengkak..Di sini saya kongsikan beberapa tips untuk atasi sakit bengkak susu..

1) Tuam sejuk dan panas

Langkah pertama legakan kesakitan dangan lakukan tuam sejuk dahulu. Iaitu dengan balut ais atau guna ice pack dengan tuala basah dan tuamkan di sekitar payudara. Tujuannya ialah untuk meredakan kulit payudara kebas dan kesakitan. Selepas itu, buat pula tuaman panas. Ambil tuala yang direndam air suam panas dan tuamkan sekeliling payudara. Tuam payudara daripada atas dada ke arah puting, buat putaran ke semua arah. Ini supaya saluran susu akan mengembang kerana kepanasan tuala tadi dan ianya dapat melancarkan semula saluran susu yang tersumbat.

2) Urutan di sekitar puting

Gunakan ibu jari dan jari telunjuk anda, main-mainkan disekitar kawasan puting, tekan puting ke dalam secara perlahan dan tarik puting perlahan. Kemudian, gunakan jari anda dan buat urutan di sekitar keliling payudara. Urutkan daripada atas dada ke arah puting, buat putaran ke semua arah. Tepuk-tepuk bahagian tersebut secara perlahan. Buat berulang kali sehingga payudara terasa lembut.

3) Memerah susu

Selepas payudara dan puting anda menjadi lembut, barulah anda boleh memerah susu. Jangan sesekali terus pam payudara yang sedang keras membengkak itu. Seeloknya mulakan dengan 2 cara di atas dahulu, kemudian baru mula memerah.
Anda boleh memerah menggunakan tangan atau pam. Paling efektif ialah perahan menggunakan tangan. Jika anda menggunakan pam, pastikan level pam adalah rendah dan perlahan.

4) Susukan Bayi Secara Kerap

Setelah payudara sudah hilang sakitnya serta semakin lembut lepas anda amalkan tips di atas, maka susukanlah bayi anda dengan kerap. Ketika bayi menghisap, rajin-rajinkan buat urutan payudara mula daripada atas payudara turun ke puting. Ini dapat melancarkan lagi aliran susu, supaya lebih banyak lemak susu yang terperangkap itu dapat dielakkan..

5) Meletakkan kobis

Mengikut petua orang lama-lama, anda boleh juga letakkan kobis di payudara . Basuh kepingan kobis dan letakkan selama 15 minit sehingga bengkak itu surut dan lega. Tetapi, tidak boleh terlalu kerap. Ini kerana, kajian membuktikkan kobis mampu mengurangkan penghasilan susu secara perlahan-lahan. Boleh sahaja untuk guna sekali sekala, cuma tidak digalakkan setiap hari dan setiap masa.

6) Pengambilan Vitamin Shaklee iaitu Lecithin.

Menurut Doktor Jack Newman..lecithin membantu mengatasi dan menghalang pengulangan duktus susu tersumbat mungkin kerana Lecithin mengurangkan kelikatan susu, dengan cara mengurangkan peratusan asid lemak politaktepu di dalam susu..
Kandungan bagi sebiji kapsul Lecithin Shaklee ialah 520mg. Dos Lecithin yang disarankan untuk ibu yang mengalami bengkak susu pula ialah sebanyak 3600mg – 4800mg sehari.
Jadi, ibu-ibu boleh mengambil Lecithin dalam jumlah 7 – 9 biji setiap hari. Teruskan pengambilan tersebut sehingga masalah bengkak susu tadi hilang.
Apabila masalah bengkak susu telah dapat diatasi, ibu boleh mengurangkan pengambilan Lecithin kepada 6 biji sehari.
Amalkan makan secara konsisten untuk kesihatan tubuh badan, mendapatkan bentuk badan ideal dan juga untuk menguatkan daya ingatan ibu.
Ini sangat bagus kerana ada ibu yang mengadu mudah lupa dan sukar mengingat terutama semasa dalam pantang. Jangan risau, Lecithin ini selamat dimakan walaupun ibu dalam pantang.

Khasiat Lecithin Untuk Ibu Menyusu

1) Mengurangkan risiko berlaku bengkak susu dengan mencegah duktus susu tersumbat
2) Membantu memecahkan lemak yang berlebihan kepada titisan kecil dalam badan ibu…Pengambilan dengan Alfalfa Shaklee akan membantu anda kurangkan berat badan
3) Menyumbang kepada memori yang lebih kuat untuk ibu…Biasanya anda akan mudah lupa selepas bersalin
4) Memberikan khasiat Lecithin secara tidak langsung kepada bayi melalui susu ibu…bagus untuk pekembangan bayi..

Jom lihat Testimoni 

Berminat untuk mencuba Vitamin Untuk Ibu Menyusu atau Vitamin-Vitamin Shaklee yang lain..

Boleh hubungi saya terus untuk order dan sebarang pertanyaan..

Sekiranya anda ingin membuat pembelian sendiri secara online..

boleh klik di bawah..

Atau boleh hubungi saya terus untuk sebarang pertanyaan..

Pengedar Shaklee Anda..Mentor Bisnes Anda !!!

Salmiah Othman
Contact me : 019-8769412
Shaklee ID : 949800
FB Page : Mamaanisshop
Email : salmiah80@gmail.com

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge