Kenapa Si Ibu Perlu Ambil Vitamin Semasa Hamil

Apabila disahkan hamil..merupakan satu anugerah terindah buat seorang wanita..tidak dapat digambarkan kegembiraan saat mendapat tahu kehadiran zuriat yang berada di dalam rahim..oleh sebab itu..sudah seharusnya ibu harus menjaga kesihatan diri dan kandungan dengan sebaik-baiknya dan salah satu soalan yang sering ditanya oleh ibu hamil ialah berkaitan keperluan pengambilan vitamin atau suplemen kesihatan sepanjang kehamilan..

Bila ke klinik untuk pemeriksaan..sudah semestinya ibu akan dibekalkan dengan vitamin semasa hamil. Kenapa ibu hamil perlu ambil vitamin Semasa Hamil? Kalau tak ambik vitamin semasa hamil ni.. bolehkah?

Kenapa Ibu Perlu Ambil Vitamin Semasa Hamil

Pengambilan vitamin semasa hamil amat digalakkan kepada ibu. Namun, ianya bukanlah satu paksaan. Ibu hamil digalakkan untuk mengambil vitamin semasa hamil untuk mengurang risiko-risko berikut:
1) Kecacatan semasa hamil
2) Kelahiran bayi pramatang
3) Bayi kurang berat semasa lahir
Ibu juga mengalami risiko kekurangan nutrisi semasa hamil jika mengalami alahan, loya dan muntah yang teruk. Oleh itu..pengambilan vitamin amat perlu supaya ibu tidak mengalami masalah kurang nutrisi seterusnya membahayakan diri sendiri serta bayi dalam kandungan.
Vitamin semasa hamil juga diambil untuk memberi tenaga kepada ibu serta membantu ibu mendapat kesihatan yang baik..Tidak semua ibu sedar bahawa mereka kekurangan nutrisi dalam tubuh, apatah lagi apabila nutrisi ini perlu dikongsi dengan bayi bagi tumbesaran dan kesihatan.

Apakah Vitamin Paling Diperlukan Ibu Hamil

Berbanding orang biasa, ibu hamil amat perlukan vitamin-vitamin berikut:

1) Asid Folik

Ramai pakar perubatan mencadangkan asid folik diambil sebelum kehamilan lagi yakni sebaik sahaja berkahwin. Ini kerana, mungkin berlaku kehamilan yang tidak dirancang. Asid folik (folic acid) amat penting dalam perkembangan saraf dan fizikal bayi dan harus berada di dalam tubuh ibu sebaik persenyawaan ovum dan sperma berlaku. Itulah sebabnya, folik asid wajar diambil sebelum kehamilan berlaku. Asid folik merupakan satu ikhtiar untuk mengelak kecacatan neural tube iaitu kecacatan berkaitan saraf pada bayi.

kesan kurang vitamin semasa hamil

Dos yag dicadangkan untuk wanita yang bercadang untuk hamil ialah 400mcg sehari manakala wanita hamil pula 600mcg sehari. Ibu perlu ambil perhatian bahawa terdapat pil yang mengandungi sehingga 5mg (5000mcg) asid folik. Oleh itu, sila pastikan kandungan yang sesuai mengikut keperluan ibu.

2) Zat Besi

Zat besi atau iron amat penting dalam pembentukan sel darah merah bagi mengangkut oksigen ke seluruh tubuh. Kerurangan darah merah boleh menyebabkan anemia kepada ibu dan risiko kelahiran pramatang. Anemia amat merbahaya kepada ibu hamil dan bayi dalam kandungan. Dos maksima iron yang diperlukan ibu hamil adalah 29mg berbanding 18mg untuk orang biasa. Perlu diingatkan bahawa iron tidak boleh diambil secara berlebihan kerana ia boleh menyebabkan masalah sembelit dan pedih perut. Kebanyakan supplemen zat besi di pasaran mengandungi 106mg iron..

Saya sertakan juga di sini link mengenai Buasir Ketika Hamil

3) Kalsium

Kalsium amat penting untuk pembetukan tulang dan gigi. Semasa hamil, bayi akan mengambil kalsium dari sumber makanan ibu, tapi jika ibu tidak mengambil kalsium yang secukupnya dari sumber makanan atau vitamin, bayi akan menyerap kalsium dari tubuh ibu. Apa lagi jika bukan tulang dan gigi ibu. Oleh itu, ibu hamil mempuanya risiko lebih tinggi mengalami masalah tulang dan gigi rapuh serta masalah “slipped disc”. Selain itu, kalsium juga penting bagi mengelak masalah kejang otot yang amat lazim dialami ibu hamil terutama bila kandungan masuk trimester ketiga. Pakar perubatan amat mengesyorkan ibu hamil mengambil kalsium mencukupi bagi mengelak masalah preeclampsia yang mungkin membawa maut kepada ibu dan bayi dalam kandungan.

Dos kalsium yang disyorkan untuk ibu hamil ialah 1000mg sehari.

4) Omega-3

Omega-3 amat penting dalam perkembangan otak bayi, pertumbuhan saraf dan penglihatan yang baik. Dos yang disyorkan bagi ibu hamil dan wanita menyusu bayi ialah 200-300mg sehari.
Keempat-empat vitamin di atas merupakan vitamin paling asas yang diperlukan ibu hamil. Namun jika ibu buat pemeriksaan di klinik kerajaan, ibu akan dibekalkan juga dengan ascorbic acid yakni vitamin C. Vitamin C amat penting dalam membantu ibu mempunyai kesihatan yang baik. Semasa hamil, antibodi ibu menjadi lemah dan mudah diserang penyakit. Vitamin C merupakan sumber antibodi segera buat ibu. Selain itu, vitamin C juga membantu penyerapan zat besi. oleh itu ia seeloknya diambil bersama dengan zat besi.
Selain itu, protein juga amat- amat diperlukan ibu hamil untuk tenaga dan tumbesaran bayi. Protein bukan sahaja menjadi makanan sel tubuh malah juga menjadi pemangkin kepada vitamin-vitamin lain.

Maksudnya, protein membantuk vitamin-vitamin lain bertindak dengan lebih efisyen. Oleh itu ibu harus pastikan pengambilan protein yang mencukupi samada dari sumber makanan atau vitamin.

BACA JUGA : SUMBER PROTEIN TERBAIK SHAKLEE

Vitamin Mana Paling Sesuai Untuk Ibu Hamil

Ibu boleh bertanya dengan ahli farmasi dengan menggunakan panduan yang telah diberi sebelum ini. Ibu harus berhati- hati memeriksa kandungan vitamin setiap pil kerana ada pil yang mengandungi dos melebihi apa yang ibu perlukan. Zat besi contohnya, jika terlebih dos boleh menyebabkan masalah kepada ibu.

Bagaimana Dengan Dos Dalam Set Ibu Hamil Shaklee?

Alhamdulillah, dos vitamin dalam set hamil Shaklee memenuhi keperluan ibu hamil seperti yang disarankan oleh pakar perubatan..Tak perlu risau tentang terlebih dos atau tak cukup nutrisi. InshaaAllah, konsultasi terbaik diberi untuk ibu-ibu sekalian.

Diharap info ini dapat membantu ibu hamil di luar sana untuk memberikan yang terbaik untuk ibu dan juga bayi dalam kandungan..

Jom kita lihat testimoni mereka yang mengamalkan Set ibu hamil shaklee sepanjang kehamilan

Set Ibu Hamil Shaklee : Vitamin Lengkap Sepanjang Kehamilan

Untuk mendapatkan Vitamin Shaklee atau Set Lengkap untuk ibu hamil..Boleh hubungi saya terus untuk order dan sebarang pertanyaan..

Sekiranya anda ingin membuat pembelian sendiri secara online..
Boleh klik di bawah..
Atau boleh hubungi saya terus untuk sebarang pertanyaan..

Pengedar Shaklee Anda..Mentor Bisnes Anda !!!

Salmiah Othman
Contact me : 019-8769412
Shaklee ID : 949800
FB Page : Mamaanisshop
Email : salmiah80@gmail.com

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge